October 7, 2009

Budaya Peperiksaan sekarang..


" Cikgu ader tak soalan bocor? Kalo tak der saya tak mau tuisyen dah!!!, cukup sampai September ni jer. " kata seorang pelajar.

Apa aku nak jawab ni. terdiam seketika. kang jawab tak der.... semua pelajar form 3 ni berhenti..tuisyen ni la rezeki aku selama 6 thn berkecimpung dalam bidang pendidikan...

Ha macamni lah...soalan bocor tu tak ler lagi..tapi kami pihak tuisyen akan bagi yg terbaik untuk korang ...kalu korang berjaya saya pun gumbira n naik nama pusat tuisyen saya ni...tapi korang cuba fikirlah...kalo dapat A pun dengan ader nyer solan bocor..tak bermakna A tu...biler masuk form 4 nanti semua pelajaran form 3 tak ingat...yelah asyik harap soalan bocor jer...korang sekarang kira beruntung internet ader...dengan sekali klik jer soalan spot melambak .... download jer...duduk jer depan komputer...kitaorg dulu mengayuh basikal pagi petang kelas tambahan, gi tusyen pun guna duit simpanan sendiri...tapi nampak sekali keberkatannya usaha itu.

Bak kata Abusaif " UPSR, PMR dan SPM walaupun diukur dengan keputusan yg tercatat di atas kertas keputusan peperiksaan, namun itu bukan inti pati utamanya. Tanyalah seorang jurutera, semasa beliau menghadiri temuduga, apakah majikannya bertanya tentang keputusan UPSR dan PMR?
tiada

kebetulan malam selasa tu, aku berhempas pulas mencari di internet dan membuat perbandingan kertas2 trial BM K1 dan K2 dari serata Malaysia...ternyata perbincangan malam tu bersama 7 org pelajar yg masih bertuisyen dengan saya berhasil!!!! soalan tentang kesesakan jln raya ( bincang isi2 untuk soalan pilihan) menjadi soalan wajib bahagian B dan Cerpen bhg D tepat tentang peristiwa!!!....dan 1 soalan spot hubby mengenai bencana alam pun kuar.

rugi betoi siapa yg stop tuisyen ni??? kata pelajar2 yg masih datang lagi untuk persediaan kertas science dan english esok...aperpun selamat berjaya n kami sentiasa buat yg terbaik untuk pelajar2 kami...kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua...Amin!!!!

Adiosssssssssss...

No comments: