Showing posts with label my love. Show all posts
Showing posts with label my love. Show all posts

January 28, 2014

Kesayanganku..

woot..woot...
azam 2014..
cium anak2 sebelum tidur
cium anak2 nak pergi sekolah
cium anak2 selesai solat berjemaah..
cium..cium...anak2 anda..supaya mereka rasa mereka disayangi..





kiss and hugs your children..
wasalam

November 10, 2013

Majlis Ihtifal Pasti Little Mukmin 2013

Jom layan 
majlis ihtifal kat sekolah tadika kakak & jaja pada 5 November 2013 bersamaan dgn 1 Muharram
Apapun mama bangga dgn kakak sbb berjaya mendapat tmpt ketiga..
dan jaja tmpt ke-4..sowy mama lambat sampai ..tak dapt tgk persembahan jaja 4 tahun.. 
tahun depan kakak dah masuk tahun 1.. sekolah yg sama dgn abg long..


Tahniah my dear, nurin nasuha





tahun akhir kakak kat sekolah ni..sedih sbb kali ni tak der jubah konvo mcm tahn lepas..
naper yek?


Majlis Konvokesyen UMCCed 2013

Tahniah buat papa..
sekali lagi sbb berjaya menamatkan pengajian di UMCCed.
Apa itu UMCCed?
(University Malaya Centre for Continuing Education)
CERTIFIED PROFESSIONAL MANAGEMENT CONSULTANT (CPMC) TRAINING PROGRAMME 
Majlis Konvokesyen kali ke 27 ini berlangsung pada 9 November 2013 di Dewan Tunku Canselor,UM

Sesiapa yg berminat ingin meneruskan dalam pengajian masing2 boleh klik sini


 Yuran pengajian boleh tahan...tapi Alhamdulilah papa ditaja oleh MARA..sbb papa adalah consultant MARA dalam ICT..
Jom tengok kursus atau program yg ditawarkan..





Mama bawa Nawal dan Abg Long...lagi 2 org tu, Jaja & Uyin mama tinggalkan kat umah opah cik..
lagi sorang tu sheera ka umah opahwan..dah dekat sebulan kat sana..
Sepanjang menunggu papa, hujan turun renyai2...nasib baik mama dah posing awal2..
rindu UM...bila kat sana mama sempat mengimbau kenangan lama ..huahuahua..jumpa dan bercinta ngan papa pun kat UM jugak..jgn  jelez..
Nawal lak sepanjang menunggu ..ada jer org geram tgk dia..ada yg tak caya aku ni mama dia bior betoi..

ni photo papa kuar dari dewan..



Congratz my dear..

 tuan blog..


tuan blog berposing depan dewan..


mama blaja lps SPM kat sini ler..start matrik sampai la last year bergelar sbg pelajar ...abg long tak caya...hahahaha
1999-2003



manalah org tak geram tgk nawal nafeesa ni...kegebuan kaki nyer menyerlah!

 dapat tgk papa kat tv ni jer..budak2 bawah 12 thn tidak dibenarkan masuk...


paksa gak abg long bergambo kat sini ..kenangan.. mana ada tugu ni masa mama blaja kat sini

elok2 papa kuar dari dewan hujan turun dgn lebatnyer berlari -lari kitaorg menuju ke kereta..
apaapa pun mama bangga..
bulan ni uyin & jaja ambil hadiah
pas tu papa lak
rabu depan abg long pulak..alhamdullilah tempat pertama dlm kelas
nanti mama snap lak gambo sekitar majlis anugerah sekolah abg long lak..

xoxo

April 24, 2013

@perkembangan anak-anak mama


  Dapat tau jer pregnant buat kali ke-5, mama agak gusar sbb pening memikirkan macammanalah mama nak uruskan anak2 yg 4 orang masih kecil. Dari bulan ke bulan mama tunggu papa carikan maid, tapi ada je hal yg menghalang sehinggalah kes beberapa bulan lalu seorang maid psiko ni lambung baby 4 bulan. Bukan sahaja mama terkesan, mak mama dan mak sedara pun tidak membenarkan mama guna perkhidmatan maid, and surprisely diorang sanggup jaga baby ke-5 ni...mak mama suruh anto jer Ipoh lepas pantang, tiap2 minggu dtg jenguk mak. yang mak sedara lak sanggup lah jaga sorang ni jer sbb dia pun mmg tak sihat. Tapi Alhamdullilah semuanya berjalan lancar setakat ini, Allah telah memudahkan segalanya.

Abg Long (7thn) bertambah rajin...mmg mula2 mama push tolong itu dan ini.. tiap2 hari keje dia buang sampah, tiap2 petang balik sekolah angkat kain di ampaian. Tiap2 minggu wajib basuh kasut dan jemur sendiri. Yang Nurin (6thn) mmg kena sapu rumah lps makan tghari, basuh pinggan dan tolong tengokkan dua lagi adiknya dari kul 3-5.30 petang sementara mama rehat. Nurin  dah boleh basuh pee..pee shira and tukarkan diaper....Kalau poo..poo tu dia akan kejutkan mama. Dari segi pelajaran, Abg long nampaknya naik kelas..dari 1 lestari ke 1 pintar di sekolah agama, sbb dpt 3A 2B dalam peperiksaan ujian bulanan lalu.

Pregnant sambil ada 4 org anak kecil memang memenatkan. Mama perlukan tidur yg cukup utk mengajar pada malam harinya. Sabtu lepas, nizar aka jaja (4thn) dah boleh gi potty sendiri. Lps mama bangun dan solat asar, mama ajak jaja mandi, then dia bgtau tadi dia poo..poo sendiri. tapi tak tau nak curah toilet memandangkan toilet ruang tamu tu flush nyer rosak. Jaja dah basuh bersih2 dengan sabun dah. Gi tadika pun tak mau dah pakai drypers. mama risau lak ..mama sentiasa ingatkan Nurin supaya tolong adik kamu basuh jika dia poo..poo kat sekolah. Surprisely, jaja dah stop guna botol..susah gak nak pisahkan botol susu...tapi lama2 alhmdullillah..

Wawawawa..... mama rasa nak nangis tgk perkembangan anak2 mama yg mendadak. Mama lak dah 3rd trimester..mmg tak larat. Mungkin itulah hikmahnya anak ramai. Semua kena berdikari. Apapun mama doakan anak2 mama semua jadi anak2 yg soleh dan solehah juga bertanggungjawab. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Betul tak?


xoxo...

July 4, 2012

@ kisah anak-anak


Alhamdullilah..lama dah tak dengar khabar..empunyer blog ni bukan lah sibuk sangat..tapi nak pegang komputer tuh yg agak susah. Kang baru nak tulis.."Mama, wat susu!"," Mama, diaper penuh, nak mandi", dan semuanya mama lah. itu pun bertimbun kertas exam belum disemak. Nasib la badan.

Baru-baru ni abg long dan uyin ni dapat result mid-year exam. Cukupla marah bila Abg Long tak dapat nombor 1dalam kelas. asyik2 tmpt ke-3. Abg Long la yg paling banyak diberi perhatian berbanding Uyin. And Uyin made-up. she's number 1. Congratulation baby!

Subjek Maths Uyin-100% but Abg Long 99%. Careless!!
Apapun Mama tak marah sbb ini merupakan satu permulaan yg baik. Cuma final exam ni kena score gak sbb next year Abg long year 1, so dgn pencapaian ini kelas year 1 akan ditentukan.

Nizar dan sheera, baik-baik saja. Tapi makin tak mau duduk diam. Cepat la korang besar..jadi anak yang soleh dan solehah. Aminnnn.

January 31, 2011

Dah lima thn rupanya...

2002
Perkenalan aku dengan si dia....
satu fakulti..satu universiti..


2005
Selesai ijab kabul bertempat di Masjid Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 3..lepas Asar..pada 30 Januari
Alhamdullilah..


 





 Hari berbahagia kami pada 10 Januari 2005







2011
Ha..ha..dah 4 orang anak...


Happy anniversary!!

July 30, 2010

Surprise Party 4 my hubby


Happy Besday yg ker 33rd...24 July 2010

me: Cepat ler siap makan tghari..perut dah keroncong ni...
hubby: nak makan kat maner?
me: teringin nak makan nasi briyani la
hubby: abg tau...nasi briyani kat TTDI sedap...
me: tak nak...nak gi Giant gak..(ala-ala mcm anak-anak aku paksa aku gi Giant)
hubby: malas nak panjat Giant tuh..
me: aik...Giant tu dekat sket...kerja kat opis melambak lagi tak siap
hubby: jom ..jom la
setibanyer di Briyani.. ehhh..abg nampak tak saiful tuh kat KFC...lalu hubby tersenyum
SURPRISE..SURPRISE!!!!!


muka terkejut...bila di sergah ngan staff  kitorg yg dah tunggu lama kat KFC ni..





  


   








  


  

Thanks semua atas surprise party ni...thn depan buat lagi yek!!!!



July 28, 2009

befday hubby..

Happy Birthday papa !!!!




special to my hubby..24th of July ...yang ke 32



menu for dinner ...celebrate my hubby's besday...only two of us



hope u' ll be a good papa n hubby...

June 20, 2009

Crazy Love ???

Jom Layan Lagu ni !!!!!!!!!!

Cinta Gila


Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau dihadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Ku cintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu

Kuharap bicara cinta
Kau cerita tentang bola
Ku ingin bersiar-siar
Dikau baca surat khabar
Bila ku terus keluar
Kau tertidur tidak sedar
Ku pulang rumah jam tiga
Kau pula cemburu buta

( korus )
Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau di hadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Kucintamu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu

Sepelik-pelik manusia
Oh! Dikau mengatasinya
Dan mungkin ku juga gila
Kerana masih bersama
Tapi mungkin kerna itu
Ku tertarik kepadamu
Biarlah orang mengata
Cinta kita cinta gila

( ulang korus )

Ah ah
Cinta kita
Cinta gila

Na na na na na na na
Na na na na na na na
Na na na na na na na
Na na na na cinta gila
( 2X )

( ulang korus )

Itu saja yang perlu kau ku tahu...
Ku cintamu kau cintaiku
Cinta kita cinta gila