Showing posts with label resepi chef. Show all posts
Showing posts with label resepi chef. Show all posts

December 6, 2013

Aktiviti Cuti Sekolah @2013

Minggu pertama cuti dah balik kampung sbb ada kenduri akikah Nawal..
Minggu kedua kak wa, mak dan adik lak datang..so dah kira bercuti manfaat di situ..
manfaat sbb apa? seronok berkumpul..citer mcm2..hari tu kenduri x sempat bagai..cbuk itu dan ini..
Minggu ni tgh pikir..nak buat aper yek esok?...mmg nak jalan2 no money..sbb byk abiskan kat kenduri..
so mama rasa ada baiknyer mama memasak something special utk anak2..
mmg cuti sekolah ni beli apa pun tak cukup..abis ajer...diorg kebas plus pak teh pun kuat makan..
mama jalan2 blogging jer..itu yg mampu..
nak masak mihun goreng la..

thanks to :qaseyhoney  



MIHUN GORENG

Bahan2
1 bungkus mihun – rendam hingga lembut dan toskan
15 ekor udang 
6 ekor sotong
4 keping isi ayam – dipotong dadu & goreng sedikit
1 batang lobak merah – dihirs memanjang 2cm
1/3 biji kobis - dihiris
3 tangkai daun ketumbar – diracik
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
10 tangkai cili kering - rendam lembut
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan udang kering

Caranya

Mula2 goreng dada ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.


July 11, 2013

@Menu Ramandhan part 1 - Kerabu Ayam

Selamat Berpuasa...Alhamdulilah...syukur pada yang Esa kerana kita semua masih lagi dapat berpuasa tahun nie...hhaa puasa tahun nie dengan 5 orang anak..still breastfeeding, hope until nawal nafeesa berumur 2 tahun la yek. 

Hari pertama puasa, mama hanya sempat buat 2 menu jer...sup ayam dan kerabu ayam (first time buat nie). Yang lain penuh meja, semua papa beli kat pasar Ramadan. Semalam mama tanya Pak Teh..."amacam kerabu kak ima?" ok..siap tambah lagi tuh..sedap ler tu...jom mama kongsikan.




 sumber dari google image ( sorry mama tak sempat nak snap photo kerabu mama)
 
Kerabu Ayam Mama Nawal

Ayam (potong kecil2) sekati nak banyak mana.
serai 1 batang (hiris halus2)
bunga kantan (hiris halus2)
Udang kering (tumbuk)
2 sudu sos ikan
cili merah (hiris halus)
cili hijau (hiris halus)
cabai burung (hiris halus)
tomato (hiris kecil2)
garam dan gula secukup rasa

Gaulkan semua bahan di atas...dah siap

selamat mencuba!!