March 7, 2010

ohh..macam tu yer!!


jaja sudah pandai menguncup2 kan jarinyer ke atas bila mama nyanyi 'twinkle..twinkle little star'..
n mama gak ajar lagu2 lama melayu mcm cak cekur,.nyet..nyet semut..
satu hari ni kami semua dlm perjalanan pulang dari umah tok cik....n waktu malam..

mama: Jaja tengok bulan tu...cantik mengambang..wawawawawa...nun bulan...ahhh baru jaja pandang ke arah bulan..

Abang long: mama..mama..wawawawawa...moon bulat!!!

mama : bukan ler abg long ...dalam hati mama: ehhh..betul gak moon tu bulat...oooohhh itu yg dia faham..sebetulnyer mama tak pernah bgtau itu adalah bulan..tapi melalui penceritaan buku2 inggeris itu adalah moon..OK la tu...."Uyin lak???

Uyin: Wawawawawawa.....moon..bulan!!!!

mama: aper uyin....moon ..bulan...dlm hati mama ...betul gak!!!!moon tu adalah bulan...mungkin diorg belajar dari apa yg diorg faham....
mama  cuba betul kan wawawawawa..nun bulan!!!tapi no point..mereka tetap dengan apa yg mereka faham janji betul ye dak..


Kesimpulannya...bermain dengan anak2 banyak faedahnya...diantaranya..
1. Membina kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak
2. Membina kemahiran bahasa
3. Membina kemahiran berfikir
4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
5. Kebolehan merancang dan menyelesaikan masalah
6. Berimaginasi dan kreatif
7. Kanak-kanak dapat belajar untuk mengambil giliran,kongsi tanggungjawab dan
menyelesaikan masalah dengan kreatif
8. Meningkatkan empati
9. Memahami perasaan orang lain
10. Bina keyakinan diri
11. Kanak-kanak boleh mengajuk dengan baik apa yang dikatakan oleh ahli keluarga
dan guru
12. Dapat perkataan baru semasa bermain
13. Dapat belajar perkataan yang membantu kanak-kanak dalam mencipta cerita dan
permainan
14. Membantu dalam proses membaca dan menulis kelak
15. Tambah perbendaharaan kata apabila bermain secara tematik
16. Dalam masa yang sama mereka mengajar perkataan-perkataan baru
17. Mereka dapat belajar tentang komunikasi apabila berbincang idea bermain
dalam situasi yang pelbagai
18. Apabila sekumpulan kanak-kanak bermain bersama mereka dapat berkongsi
pengalaman antara satu sama lain

Dr. Mahani, UPSI..Asuhan dan didikan

No comments: