November 5, 2012

Jom Cuba Sesuatu yg Baru..

Dari Drypers ke CD..

Sebenarnya dah lama nak guna CD ni..tapi bila fikir pasal nak basuh terus niat tu terpadam...2 orang anak mama still pakai drypers ni...almaklum la bila 2 orang yg guna ..belum sampai 2 minggu dah nak kena beli..mama terfikir semula..apa kata mama cuba guna CD...permulaan mama guna 5pcs CD..dan ternyata berbaloi...bukan susah nak basuh pun..gonyoh2 jer..pas tu bilas masuk mesin utk spinning time..jemur pagi2 tghari tu dah kering..berbanyak2 terima kasih kepada http://mamapayish-onlineshop.blogspot.com/.  

Di sebabkan sekarang ni musim hujan, 5pcs CD tak cukup utk share 2 orang..mama terus order lagi utk 5pcs....yg kelakar tu anak mama yg 3 tahun (nizar) tu kata nak pakai CD mcm adik nya 2 thn (sheera)..pas tu bila rasa nak terkencing..terus dia buka butang tepi dan terus gi toilet...pas tu dia pakai balik..."mama, pakaikan",kata si nizar nie...dalam hati dia sayang kot..sbb CD kan cantik design nya....lgpun thn depan dah nak gi sekolah tadika..buat masa ni mama still pakaikan drypers waktu malam...siang jer guna CD..insya-Allah ada rezeki mama beli lagi dan terus gunakan (mmg confirm kena belipun) thn depan bulan 5 dah nak kuar sorang lagi..huhuhu.

Ternyata banyak kelebihan guna CD berbanding drypers...

1. Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar, kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan bayi anda kelihatan cumel bila dipakaikan dgn CD ditambah dengan pilihan dalam pelbagai corak,warna dan saiz.

2. Senang tak dipakai?
Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang..Terdapat juga CD jenis ALL In One (AIO) di mana insert dah dijahit sekali dalam diapers ni. Bole terus pakaikan pada baby!Mudahkan!!

3. Macam mana nak basuh?
Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, biarkan ia sejuk dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus.
Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik.


sekarang mama boleh budget...ni antara CD yg mama beli. Mama bangga mempunyai seorang kawan yg dulu bekerja makan gaji ..berhenti dan sekarang bisnes sendiri...bravo Linda@ mamapayish...mama sentiasa sokong dari belakang..mama pun orang bisnes gak...hihihi. So sapa2 nak beli jom singgah http://mamapayish-onlineshop.blogspot.com


1 comment:

Qissara said...

Salam, jika berminat menjadi reseller latest pull up cloth diapers jemput lihat sini ya: http://bettermoms.blogspot.com/2012/11/smart-baby-pull-up-pants-guide.html

Boleh pm di FB sy yg terdapat pada blog untuk detail lebih lanjut, TQ

Jika berminat untuk membuat entry promo untuk pull up cloth diapers ini juga boleh pm saya

TQ