January 14, 2013

Abg Long masuk tahun 1

Alhamdullilah..anak mama yg sulung dah masuk tahun 1 (2013)...Semalam 27 disember 2012 merupakan hari transisi & suaikenal pelajar SK Sek 7, Kota Damansara..Mama agak terkilan sbb tak dapat datang..hanya papa saja yg menemani abg long. Pagi2 lagi Abg Long dah bangun ..takpayah mama kejut..nampaknya beria-ria dia mahu ke sekolah..Rata-rata kawan2 mama di MRSM & UM, ramai yg ada anak berumur 7 tahun... sharina, amy, zalina, uder, anna, syamsiah...kalau ada anak 7 thn, bermakna kawan2 mama kahwin masa berumur 24 - 26 tahun..Almaklum time kitaorg dulu..23thn  dah abes belajar degree...1thn kerja... then kahwin...

Ramai antara diorang yg menyatakan perasaan sayu apabila melihat anak2 ke sekolah untuk pertama kalinya. Mmg tak ada yg tak nak sekolah sbb anak2 sekarang dah mula ke tadika seawal 3- 4 tahun. Tak mcm zaman dulu...ada yg tak tadika langsung..Alhamdullilah berjaya gak kan? Zaman berubah..jadi pemikiran ibu bapa sekarang pun kena berubah..

Ternyata persekolahan sekarang mmg perlukan byk duit..sekolah rendah jer dah RM200 lebih + baju seragam sekolah & sekolah agama + kasut + beg...itu belum + dgn sekolah agama yg yurannya lebih kurang RM 400 setahun..kena bayar awal tahun. Kalau sekolah swasta..mama & papa kena cari kerja part time lain kot..

Balik dari sekolah smlm byk betul cerita si Abg Long ni...Masa beratur ramai-ramai kena nyanyi..dalam kelas kena nyayi ..pas tu cikgu tanya..macammana eja 'BOLA'..yg kelakonyer...Abg Long kata cikgu dia bawa satu kelas melawat sekeliling sekolah ...satu bilik ni Abg Long tau perpustakaan...tapi depan pintu tu ada gambar org tutup mulut dgn jari...apa tu mama? La ingatkan apa tadi..itu maksudnya senyap apabila berada di dalam perpustakaan..

Apapun mama mendoakan anak mama berjaya di dunia & di akhirat serta menjadi contoh terbaik buat adik2..



Papa tak dapat snap gambar banyak sbb ibu bapa tidak dibenarkan naik ke kelas...hanya boleh tunggu untuk taklimat di dewan sahaja.

Next week nak settlekan persekolahan Kak Ngah & Alang..@Pasti Little Mukmin.


No comments: