April 23, 2013

@37weeks pregnancy




Alhamdulilah baby dah berada pada posisi normal. berat pun dah cecah 3.5kg, makanya doktor zul suruh dtg lagi 2 minggu lagi - 6 mei iaitu slps pilihanraya umum ke13 utk merangsang pengecutan bhgn servik supaya akan ada rasa sakit nak bersalin....doktor zul tak nak tunggu sampai 40 weeks sbb takut risiko baby besar and terpaksa czer lak...kalau ikut mama , minggu ni juga mama nak bersalin sbb mmg dah x larat nak jln2...hari ini adik mama dtg rumah untuk tolong apa yg patut. nasib baik lah dia cuti semester sampai bulan 6, lega la sket sbb ada org tolong uruskan bdk2 ni nak sekolah. kalau biasa mmg mama terkejar2 nak siapkan abg long dan dua lagi adiknyer setiap pagi....dah la tu time2 gini la perut cramp x abis2. mungkin masa tido dia asyik ke kanan jer so bila bangun dari katil mmg sakit sangat dan terpaksa menyesot. dah 4 hari mama start minum minyak virgin oil dari tanamera..alhamdullilah mama dah x sembelit lagi. kalau x 2 minggu lps asyik sembelit jer. malam tadi mmg x leh lelap mata, sakit kat bhgn ari2 ke bawah ingatkan nak bersalin tapi lps buang air besar terus tido dgn lenanya...buat surprise jer la baby ni ...apapun mama rasa da tk lama lagi dah...apapun semoga dipermudahkan urusan ...amin...

No comments: