July 11, 2013

@Menu Ramandhan part 1 - Kerabu Ayam

Selamat Berpuasa...Alhamdulilah...syukur pada yang Esa kerana kita semua masih lagi dapat berpuasa tahun nie...hhaa puasa tahun nie dengan 5 orang anak..still breastfeeding, hope until nawal nafeesa berumur 2 tahun la yek. 

Hari pertama puasa, mama hanya sempat buat 2 menu jer...sup ayam dan kerabu ayam (first time buat nie). Yang lain penuh meja, semua papa beli kat pasar Ramadan. Semalam mama tanya Pak Teh..."amacam kerabu kak ima?" ok..siap tambah lagi tuh..sedap ler tu...jom mama kongsikan.




 sumber dari google image ( sorry mama tak sempat nak snap photo kerabu mama)
 
Kerabu Ayam Mama Nawal

Ayam (potong kecil2) sekati nak banyak mana.
serai 1 batang (hiris halus2)
bunga kantan (hiris halus2)
Udang kering (tumbuk)
2 sudu sos ikan
cili merah (hiris halus)
cili hijau (hiris halus)
cabai burung (hiris halus)
tomato (hiris kecil2)
garam dan gula secukup rasa

Gaulkan semua bahan di atas...dah siap

selamat mencuba!!

No comments: