April 24, 2013

@perkembangan anak-anak mama


  Dapat tau jer pregnant buat kali ke-5, mama agak gusar sbb pening memikirkan macammanalah mama nak uruskan anak2 yg 4 orang masih kecil. Dari bulan ke bulan mama tunggu papa carikan maid, tapi ada je hal yg menghalang sehinggalah kes beberapa bulan lalu seorang maid psiko ni lambung baby 4 bulan. Bukan sahaja mama terkesan, mak mama dan mak sedara pun tidak membenarkan mama guna perkhidmatan maid, and surprisely diorang sanggup jaga baby ke-5 ni...mak mama suruh anto jer Ipoh lepas pantang, tiap2 minggu dtg jenguk mak. yang mak sedara lak sanggup lah jaga sorang ni jer sbb dia pun mmg tak sihat. Tapi Alhamdullilah semuanya berjalan lancar setakat ini, Allah telah memudahkan segalanya.

Abg Long (7thn) bertambah rajin...mmg mula2 mama push tolong itu dan ini.. tiap2 hari keje dia buang sampah, tiap2 petang balik sekolah angkat kain di ampaian. Tiap2 minggu wajib basuh kasut dan jemur sendiri. Yang Nurin (6thn) mmg kena sapu rumah lps makan tghari, basuh pinggan dan tolong tengokkan dua lagi adiknya dari kul 3-5.30 petang sementara mama rehat. Nurin  dah boleh basuh pee..pee shira and tukarkan diaper....Kalau poo..poo tu dia akan kejutkan mama. Dari segi pelajaran, Abg long nampaknya naik kelas..dari 1 lestari ke 1 pintar di sekolah agama, sbb dpt 3A 2B dalam peperiksaan ujian bulanan lalu.

Pregnant sambil ada 4 org anak kecil memang memenatkan. Mama perlukan tidur yg cukup utk mengajar pada malam harinya. Sabtu lepas, nizar aka jaja (4thn) dah boleh gi potty sendiri. Lps mama bangun dan solat asar, mama ajak jaja mandi, then dia bgtau tadi dia poo..poo sendiri. tapi tak tau nak curah toilet memandangkan toilet ruang tamu tu flush nyer rosak. Jaja dah basuh bersih2 dengan sabun dah. Gi tadika pun tak mau dah pakai drypers. mama risau lak ..mama sentiasa ingatkan Nurin supaya tolong adik kamu basuh jika dia poo..poo kat sekolah. Surprisely, jaja dah stop guna botol..susah gak nak pisahkan botol susu...tapi lama2 alhmdullillah..

Wawawawa..... mama rasa nak nangis tgk perkembangan anak2 mama yg mendadak. Mama lak dah 3rd trimester..mmg tak larat. Mungkin itulah hikmahnya anak ramai. Semua kena berdikari. Apapun mama doakan anak2 mama semua jadi anak2 yg soleh dan solehah juga bertanggungjawab. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Betul tak?


xoxo...

No comments: