May 13, 2010

Realiti Sikap Melayu



hasil karya Tun Dr Mahathir

Milenia Muslim, keluaran Mei 2010...'Dilema Melayu Baru' benar-benar menyentuh jiwa saya sebagai anak Melayu...apa nak jadi dengan orang Melayu??? kalu korang beli majalah dan baca isi kandungan artikel ni...ia adalah realiti..bukan dibuat-buat atau bukan nak menghancurkan bangsa sendiri...

Setelah membaca rintihan, nasihat dan kata dua dari Tun Dr. Mahathir ..sememangnya siapa yang harus dipersalahkan...dalam erti kata lain..benarkah orang Melayu malas, kurang daya tahan dan tidak bersungguh-sungguh ketika bekerja sehinggakan pihak majikan lebih suka mendapatkan khidmat pekerja asing??????


Sebagai majikan saya akui semua kenyataan di atas benar belaka!!!....bukan nak jatuhkan Melayu tapi saya sendiri sememangnya nak tolong bangsa sendiri, tapi mereka ambil endah tak endah...
Sejak bergelar graduan thn 2003, saya telah berkecimpung dalam dunia bisnes....bisnes pusat tuisyen yang dibuka bersama-sama kawan yg kini bergelar suami....dan kini alhamdullilah dengan usaha kami berdua kini mampu mengecap kejayaan...
berbalik kepada persoalan tadi Tun Dr Mahathir sendiri bersetuju dengan pandangan ini...
Sememangnya pekerja Melayu memang menginginkan gaji yang tinggi, kerja yang paling ringan dan tempat yg berhawa dingin untuk bekerja...tetapi saya sebagai majikan mengutamakan gaji yang berpatutan dan setaraf dengan hasil kerja yang dilakukan..Bila interview, gaji nak RM 2000, tapi bila task sebagai percubaan diberi, hilang entah kemana....kenapa tak sanggup ker???? Ada sesetengah tu, ada SPM jer.....bila ada pekerja baru, tunjuk lagak tau itu dan ini...konon2 dia dah senior... niat kami nak tolong, bantu dia dan train sebagai kerani serba boleh...dan perancangan kami ingin menghantar pekerja ini sambung belajar setelah 3 thn berpengalaman bekerja di Syarikat kami...tetapi sikap pemarah dan tidak boleh tegur itu dan ini serta aduan pekerja lain menyebabkan kami bertahan sehinggalah dia sendiri yg memberhentikan dirinya tanpa sebarang surat ....berhenti begitu sahaja...ada pulak tu kerja sthn lebih gaji pun dah sedap...bila dapat kerja gomen sbg pembantu pendidikan khas...sanggup berhenti dengan alasan gomen lagi terjamin....bila jumpa balik dan berbual.....sekali lagi dengar nak berhenti pulak gomen..sbb susah jaga kanak-kanak pendidikan khas....gaji ciput....susah betul nak bantu anak bangsa sendiri...mereka sendiri tak nak bagi peluang pada diri mereka..nak wat camno....ada sesetengah tu memang rajin tapi tak tekun....Seperti ulasan Datuk Dr Fazilah....orang Melayu rajin tetapi tidak tekun....ada jer silly mistake..terpadam dokumen itu dan ini..Rajin itu hanya ditunjuk untuk perkara-perkara tertentu, misalnya rajin bersembang, rajin ber chat di FB, rajin bangun awal untuk menonton bola sepak. Tetapi bila tiba masa belajar, mereka belajar pada saat akhir. Adakalanya mereka tidak datang kerja tanpa beritahu pun..tu pasal kebanyakan bangsa asing tak suka ambil orang melayu bekerja.....kalo diorg ambil bekerja adalah sorang dua jer itu pun nak dptkan kontrak gomen...sbb gomen utamakan bumiputera....

 Melayu malas bukan sepenuhnya satu mitos.....penerangan berkesan dari Datuk Dr. Fazilah...

Malay Dilemma diterbitkan pada 1970, banyak mengetengahkan dasar pandang ketimur...cuba lihat dan contohi cara mereka bekerja..ada yg malu dan sanggup bunuh diri jika gagal melaksanakan sesuatu yg diamanahkan...tak lah saya suruh begitu...tapi orang Jepun mmg komited dgn kerja..tu pasal bangsa dan negara diorg maju tanpa mengharapkan pekerja asing....

Majalah ini juga  menanyakan adakah Tun bersedia untuk menulis buku bertajuk 'New malay Dilemma' atau Dilema Melayu Baru?
memang sangat dinanti-nantikan bg mereka yg mengikuti buku ni sebelumnya...

Tidak dinafikan ada anak Melayu yg betul2 bekerja atas dasar ingin mencari pengalaman dan membantu meningkatkan prestasi syrkt..walhal ada diploma jer..dia kerja pun sebab menunggu kemasukan ke ijazah sarjana muda...starting RM600 selama 3 bulan sehingga bulan keenam kami sanggup bagi dia RM 1500...time tu I pantang, so dia take over semua kerja tuisyen dalam masa yg sama boleh siapkan content cikgu2u dan pembelajaran dlm animation flash...
sanggup bekerja lebih masa...rehat makan roti jer depan komputer...kerja siap on time...mmg tip top...

I memang puji dia ni....staff I ni...susah oooo..nak cari staff cmni...satu dalam seribu
Thanks Khairiyah Mohd Khairi...saya doakan anda terus maju dan berjaya dalam bidang yang diceburi....



2 comments:

azamaju sprayworks said...

Saya setuju apa yg dikatakan..

azamaju sprayworks said...

Saya setuju apa yg dikatakan..