August 23, 2010

3D /4D scan

Petang semalam aku buat 3D/4D scan nak pastikan tiada masalah...memang kandungan air ketuban mencukupi...dan segalanya baik.. 
Mengapa teknologi 3D / 4D penting? 
Melalui teknologi ini, doktor dapat memeriksa samada terdapat kecacatan pada anggota fizikal dan keadaaan bayi dalam kandungan anda. Disamping itu, anda dalam melihat alam sebenar dan kedudukan bayi anda. Contohnya dia tgh hisap jari, senyum dan sebagainya. Menurut kajian selama lebih kurang 30 thn,  ultrasound tidak menunjukkan apa-apa kesan sampingan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Dalam 3D/4D scanning, ultrasound  jenis intensiti adalah sama seperti scan biasa yang dibuat every month masa check-up.Biasanya 22 hingga ke 32 minggu pregnancy adalah masa yg sesuai utk capture optimal facial images bayi dlm kandungan anda. Tapi apa yg penting faktor yg mencantikkan 3D/4D scan ni adalah kedudukan bayi tu...kalu muka memandang ke bawah memang sukar dpt imej yg baik..mcm gambar scan aku ni. kriteria lain adalah seperti jumlah amniotic fluid dlm kandungan anda. Caj yg dikenakan bergantung pada hospital kot. Tapi aku just diberi cd dan dikenakan caj RM150.

ni antara hasil 3D/4D scanning yg telah dibuat..
hope enjoy!!!


 ni gambaran muka ...hidung besar beb...

dari pandangan sisi..



 
 ni la rupa sebenar bayiku dlm kandungan


details pasal kandungan...

LMP=Last Month Period
Clinical MA = Clinical Maternal Age
Clinical EDC = Clinical Estimated Delivery Count (kiraan mengikut period) 18 November ni
US MA = Ultrasound Maternal Age
US EDC = Ultrasound Estimated Delivery Count (kiraan melalui ultrasound) nampaknya tarikh bersalin lebih cepat dari yg dijangkakan...5 November 2010 ni
 BPD = Biparietal Diameter - Ukuran saiz kepala baby. Ukuran ini dapat menentukan umur baby.
FL = Femur Length - Ukuran tulang paha. Tulang paha adalah tulang paling panjang dalam badan. Ukuran ini juga dapat menentukan umur kandungan.
AC = Abdominal Circumference - Ukur lilit perut baby. Ia juga digunakan untuk menentukan umur kandungan.

Jom tengok berat baby melalui carta ni


Berat baby kami ni lebih berat nampaknya dari average sepatutnya 1005 g tapi kandungan 28 minggu  mengikut ultrasound mencecah 1284 g....harap-harap tak susah kluar..sbb kepala lebih besar...mcm 30 week nyer saiz... :P

alhamdullilah everythings alright!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam sis..tq utk perkongsian ni...sy nk tanye,ade pape effect ke kepala lebih besar dr usia kandungan?sy skrg 31w, tp bila scan 33w...sy rs same case dgn sis..so bile lahir baby sihat n normal ke?boleh bsalin normal?