November 9, 2010

Datangnya Dugaan...


Dulu-dulu ibu2 merungut susah nak berpantang mcm org lama...tak boleh berkipas, tak boleh minum air sejuk, tapi semua tu penting sebenarnya..sekarang mmg tak rasa..tapi dah tua baru kita akan rasa kesannya..
kini, bagi sesiapa yg biasa berpantang mcm aku ni semua tu no hal almaklum hampir setiap tahun mengandung..tapi yg memberi dugaan tu adalah bila anak diserang kuning atau nama saintifiknya jaundis...
tiap2 hari perlu ke klinik ambil darah...bila dah sampai jaundis zon 2 melebihi 11.0 dua kali perlu ke klinik setiap pagi dan petang....fuh seksa betul...dah la tu kejap naik kejap turun...pas tu naik balik...
4/11/10 - pagi .. seperti biasa ambil darah di klinik kerajaan...aku agak terkejut bila bacaan jaundis anakku 13.7 (zon 3)..aku diarahkan dtg pd waktu ptg utk pastikan bacaan turun...jika mencecah 14.0 aku kena hantar anakku ke wad kanak2 di hospital besar...ptg tu aku bersyukur sgt sbb turun sehingga 12.9..tapi still zon 2 ..disebabkan keesokan cuti umum..deepavali aku diarahkan membuat ujian TSB di Klinik pakar kanak2 di hospital besar....
haha dah sampai kat sini ..yg tensionnya darah bayi diambil agak byk berbanding di klinik kesihatan biasa.
bab menunggu usah cerita...separuh hari beb....sempatla aku menyelami hati dan perasaan mereka yg menunggu bersamaku....ada yg di antara mereka yg dah masuk wad disbbkan tahap bilirubin melebihi 250...tapi still kena repeat TSB sampai mencecah normal.
bagi yg bersalin normal ..mcm aku tak kisah jugaklah nak berulang-alik ..ada yg C-sec lagi kesian..kalo dtg tu siap pegang perut..dan ada anak kecil2 mcm aku..
kalo dah masuk wad ...tu 4 jam skali ambil darah...dan setiap jam berada dibawah lampu...
itu apa yg dibualkan oleh mereka yg berpengalaman....
Alih2 bila nama aku dipanggil...bacaan bilirubin anakku mencecah 274 ..dan diarahkan segera ke wad kanak2 6C...luruh hati ku dan kini segala pengalaman yg mereka ceritakan pada ku akan menjadi kenyataan...tiba2 aku mcm tak boleh terima...dah lah suamiku tak der sisi utk bersama2 mengharungi benda ni..bapaku lak tidak dibenarkan masuk...suami dan isteri sahaja dibenarkan ..
air mata bercucuran bila anakku di 'examine' oleh 3 org doktor ..
risau aku dibuatnya bila anakku mcm tak bermaya...lembik...dgn mata pejam..
dan bertambah sedih bila tgk bayi2 kat situ ditelanjangkan (tinggal diaper jer) di bawah lampu biru..
Setelah hampir 4 jam menunggu, sambil memerhatikan bayiku di bawah lampu biru..akhirnya namaku dipanggil berehat dibilik 1 katil no.1 ..bersama bayiku dan lampu biru...
Jgn ditanya kenapa 4 jam...yg dah ada dlm wad tu pun penuh..ditambah yg check-in sbb kuning dan pelbagai masalah bayi yg baru lahir...
sehari suntuk anakku dijemur...sekejap diangkat utk diberi susu badan...
mataku masih merah..dan bengkak...masih menahan sebak bila merenung bayiku..
maghrib menjelma..badan letih..aku menegur rakan sebelah katil..dia tidak menjawab..hanya isyarat..rupa-rupanya OKU..bisu dan pekak..dan sepanjang sehari bersama..nurse hanya menulis nota..nasib baik rakan sebelah tu tau membaca..dia hanya mengangguk-angguk kepala dan mengelengkan kepala..
jam 11 mlm..hubby sampai..dari KL..singgah rumah ibuku utk mengambil barang2 yg aku pesan..tapi hubby hanya dibenarkan berjumpa diluar wad sahaja....
sepanjang mlm..mata tak boleh tidur...sekejap2 tgkkan bayiku dlm baby cot di bawah lampu..menukar lampin..beri minum susu...
sehinggalah jam 4.30..pagi..semua bayi yg kuning ditolak oleh doktor pelatih yg bertugas utk diambil darah..
selepas subuh mataku sudah tidak tertahan ngantuknya... 
sedar2 aku dikejutkan utk bersarapan 2 keping roti bersama milo panas..
keadaan bayiku agak stabil..warna kekuningan sudah tidak kelihatan..rasanya boleh keluar wad hari ni..teka ku...
hati agak gembira bila tekaanku tepat..doktor menasihatkan aku meneruskan ujian TSB di klinik2 kerajaan sehinggalah hari ke 14...
bersykur tak terhingga...lalu menelefon hubby utk memberitahu berita gembira..
tepat jam 3.30 ptg aku dibenarkan pulang...

Alahai sian nyer sheeeraaaaaaaa!!!



No comments: