May 12, 2013

Assalamualaikum semua,
Alhamdulilah ...penantian berakhir apabila mama selamat melahirkan seorang lagi puteri pada 3 Mei 2013 bersamaan hari Jumaat, pada pukul 8.31malam di Hospital PUSRAWI Kota Damansara. Mama berjaya bersalin secara normal (SVD), dengan berat 3.55kg. Mama pun tidak menyangka sbb 3 orang sebelum ni mama terpaksa suruh doktor guna vakum. Kali ini, selepas air ketuban dipecahkan lebih kurang jam 6 petang iaitu 5-6cm pembukaan serviks, sakit yg teramat sangat sehingga dlm kepala mama mmg rasa ahhh nak guna vakum bila dah sampai 10cm. Tapi ternyata....... blurp..... keluarlah baby dengan pantasnya setelah 3 kali push.

Khamis 2 Mei 2013
Berbalik cerita mula2 mama was admitted la ye. 2 hari sebelum tu, mama ada nampak lendir bercampur darah, sikit sgt. Mama tahu mungkin lagi 3 ke 5 hari kot baru bersalin, tapi sbb mak mama paksa pergi hospital sbb ini kan anak ke 5....takut2 tak sempat, mama pun akur. Khamis 11 pagi mama buat VE, tapi nurse kata tak buka apa2 lagi. kalau puan sakit berlarutan 5 minit, datang balik. Pukul 1.45petang, masa nak solat, mama cek pad dah ada darah bercampur lendir, ni mungkin sbb 2 org nurse seluk pagi tadi kot. Dalam hati mama, mungkin dah ada bukaan, kalau tak naper darah agak byk dari yg sebelumnya? Ni kena jumpa doktor zul gak esok pagi.

Jumaat 3 Mei 2013
10.30 pagi, mama gi PUSRAWI, jumpa doktor dalam 12 tghari. Doktor zul buat VE, then dia kata dah buka 3cm, tapi kepala baby masih jauh...you nak tunggu sampai minggu depan atau macammana? Disbbkan mama takut baby lagi besar...masa tu pun scan 3.5 kg dah, makanya mama warded pada hari yang sama. Tepat jam 12 tgh, mama admit. dalam kul 1ptg, doktor Zul masukkan oxytoxin (tak silap la yer) untuk merangsang rasa contraction. Mama ada suruh doktor induce terus, senang, tapi doc tak bagi dengan alasan, baby mama besar, ini pulak anak ke -5, takut2 bila induce rahim akan pecah. Oooo tidak! takut pulak mama dengar. Selepas hampir 2jam, ubat tu dah dimasukkan kat bawah tut....contraction mama datang perlahan2....Setakat kul 3ptg, bukaan dah 4cm. Alhamdullilah ..mama terus berdoa supaya cepat la bukaan tu.

5 Petang
Mama di bawah ke bilik bersalin, utk CTG dan sekali gus bukaan dah 6cm, Bila doktor check, ingatkan nak pecah ketuban, tapi doktor suruh masuk bilik semula. Adoi, mama pun tanya pada nurse tu...then nurse tu bgtau doktor tak nak kacau lagi sbb kepala baby masih jauh. Masa ni memang mama dah tak tahan sakitnya...

6.30 petang
Mama dibawa semula ke bilik bersalin, time ni jalan pun x larat tau... memang dah tak boleh tahan beb...masa buat CTG pun tak boleh baring melentang....kejap ke kiri..kejap ke kanan....sampaikan mama peluk la sorang nurse ni ....hahahaha last2 nurse pun pasangkan penahan tepi katil supaya mama boleh pegang besi tu. Cik Abang????...mama dah faham sangat perangai dia...time mengerang2 ni jer dia dah cabut tunggu kat luar. Disbbkan mama dah sampai tahap cmtu, doktor pun pecahkan ketuban....agak lega sedikit..sekejap jer tu ... kalau tgk graf kat sebelah semua contraction dah cecah 100%...sempat lagi mama intai. Nurse tanya agak2 biasa kalau pecah ketuban berapa lama? mama jawab dlm 2 jam....dlm kul 7.15ptg...nurse gilir2 gi solat.


8.00mlm
Sakit..time ....mcammana? Hanya Tuhan Shaja yang tahu........then 31minit kemudian selepas 3 kali push....baby mama keluar dengan berat 3.55kg, jam 8.31mlm secara SVD (normal delivery) ...hahahaha Alhamdulllilah...itu jer yg mampu mama ucapkan...doktor kata jahit pun x banyak.....


Tadddddddddddddddddaaaaaaaaaaaa.....


Selepas seminggu ......4kg already...


No comments: